The Sims 2

Mac OS X
13 Jun 2005Playstation 2,Xbox,Nintendo GameCube,Nintendo DS & Gameboy Advance
24 Oktober 2005The Sims 2 merupakan satu permainan komputer simulasi kehidupan strategi yang dibangunkan oleh Maxis Software dan diterbitkan oleh Electronic Arts. Ia merupakan susulan/sekuel untuk permainan komputer terlaris, The Sims. Ia dilancarkan pada 14 September 2004 untuk Microsoft Windows. Ia juga dilancarkan pada 13 Jun 2005 untuk Apple Mac OS X. Lapan sambungan dan sembilan stuff packs seterusnya dikeluarkan. Selain itu, beberapa versi konsol juga dilancarkan. The Sims 2 mempunyai konsep yang sama dengan prekuel, The Sims, dan sekuelnya, The Sims 3. Pemain mengawal sims mereka dalam pelbagai aktiviti dan membentuk hubungan mengikut cara dunia sebenar. Seperti juga dengan pendahulunya, The Sims, The Sims 2 tidak mempunyai objektif; permainan adalah bebas. Sims mempunyai matlamat hidup, kemahuan dan ketakutan. Semua Sims akan berumur, dan boleh hidup dalam 90 hari (dalam dunia Sims). The Sims 2 membina semula struktur dalaman permainan daripada pendahulunya, The Sims dengan membolehkan sims membesar menerusi enam peringkat hidup dan merangkumkan enjin grafik 3D.

The Sims 2

Mod Seorang pemain
2 pemain (Konsul Sahaja)
Pelantar Windows
Mac OS X
Playstation 2, Xbox, Nintendo GameCube, Playstation Portable, Nintendo DS, Gameboy Advance, Mobile
Penerbit Electronic Arts (PC)
Aspyr (Mac)
Siri The Sims
Pembangun Maxis Software
Komposer Mark Mothersbaugh
Pereka Jamar Sloley, Patrick J. Barrett III, Matthew C. Brown, Cooper Buckingham, Kacper Centowski, Jenna Chalmers, Shannon Copur, Michael Cox, Amy Dallas, Kevin Gibson, Daniel Hiatt, Kevin Hogan, Hunter Howe, Creighton Hurt, Trevor Jalowitz, Lyndsay McGaw, Ashley Monif, Solveig Pederson, Todd Reamon, Kana Ryan, Lauren Wheeler, Jeannie Yang
Keluaran Windows





Mac OS X
13 Jun 2005

Playstation 2,Xbox,Nintendo GameCube,Nintendo DS & Gameboy Advance
24 Oktober 2005

Playstation Portable
7 Disember 2005
Enjin Sendiri
Genre Permainan simulasi hidup